Friday, April 3, 2009

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti hariankita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktivitiseharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkansemula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yangtidak sama.Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yangberbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkancas-cas dalam badan kita. Semasa kita solatberjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemubahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan olehtubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - samaada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakinlama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang casdalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daritidur, badan kita akan merasa segar dan sihatsetelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampirseimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikitlagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuhdapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untukmemberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaatsolat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerjakita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuaidengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapatkeistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islamamat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kitabangun malam (qiamullail).Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawaIslam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyaihikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itusendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

PANDUAN UNTUK MENGINGAT




Otak kita semuannya lebih kurang sama. Kita dikurniakan 100 bilion sel-sel otak. Untuk mengingati sesuatu saya tidak mempunyai formula magis. Sebaliknya sekadar menghayati beberapa perkara yg semua kita sudah mengetahuinya sebenarnya.


Pertama: Jauhi maksiat. Hati / minda menjadi gelap dengannya.


Kedua: Jangan abaikan ibadah wajib. Kemudian banyakkan zikir.


Ketiga: Tanamkan minat yg mendalam terhadap ilmu. Minat memudahkan urusan.


Keempat: Ulangi dan ulangi seperti surah Fatihah yang kita ulang ulangi.


Kelima: Kuasai teknik menguatkan memori. Buku-buku semasa boleh membantu.

Thursday, April 2, 2009

PERKAUMAN SEBAGAI MODAL

Adalah agak menghairankan apabila orang seperti Param Cumaraswamy menuduh orang lain bersifat perkauman kata-kata mereka mendedahkan sifat perkauman mereka sendiri. Bagi mereka, seseorang itu “racist” (bersifat perkauman) cuma apabila bercakap mengenai bangsa Melayu dan keperluan mereka untuk berusaha mengejar pencapaian bangsa lain.

Tetapi, jika mereka bercakap mengenai masalah kaum lain yang tidak berasas dan tidak benar seperti membuat kenyataan karut bahawa kaum India Tamil di Malaysia menghadapi “penghapusan etnik” yang masyarakat tahu ianya tidak terjadi, ini tidak dianggap bersifat perkauman.Cuma di Malaysia sahaja orang daripada kaum pendatang, atas kehendak mereka sendiri dikenali dan dikaitkan dengan negara asal mereka, telah diterima sebagai warga negara.Di negara-negara lain, termasuklah di negara Barat yang demokrasi mereka begitu dikagumi, warga negaranya tidak dikaitkan mahupun diklasifikasikan mengikut negara asal mereka. Mereka juga selalu menggunakan bahasa kebangsaan, negara berkenaan, bersekolah dimana bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar dan menerima adat resam bangsa pribumi ataupun bangsa yang mula-mula menubuhkan negara itu (apabila bangsa pribumi telah dihapuskan secara terancang).

Tetapi di Malaysia walaupun bahasa kebangsaan adalah bahasa pribumi, ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa tersebut, malahan secara lazimnya tidak menggunakan bahasa itu di rumah mahupun dengan rakyat Malaysia yang lain. Apabila orang asing bercakap dalam Bahasa Malaysia mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris. Orang asing tidak mengerti mengapa mereka kelihatan merendah-rendahkan bahasa kebangsaan mereka sendiri. Di dalam masa yang sama mereka ini menyoal mengapa tiada Bangsa Malaysia.Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa negara asal mereka bukan sahaja dibenarkan malahan dibiayai oleh Kerajaan. Cuba cari sekolah sebegini di Asia Tenggara ataupun di negara-negara maju yang dianggap liberal dan didakwa tidak berlaku diskriminasi kaum. Sebenarnya terdapat lebih ramai orang keturunan India di United Kingdom daripada di Malaysia. Tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang mengguna bahasa-bahasa India sebagai bahasa pengantar di United Kingdom.

Orang seperti Param tidak akan nampak semua ini. Sebaliknya dia melihat sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat pribumi supaya setanding dengan rakyat bukan pribumi sebagai bersifat perkauman. Dengan bongkak dia seolah-olah mahu melihat rakyat pribumi semuanya mengemis didalam negara mereka sendiri.



Saya mengaku saya bercakap mengenai Ketuanan Melayu semasa di Johor. Sebelum itu, cendekiawan-cendekiawan Melayu telah begitu lama bercakap mengenainya. Tidak pernah ada pandangan bahawa mereka itu bersifat perkauman ataupun ada cadangan supaya mereka ditahan dibawah Akta Dalam Negeri (ISA – Internal Security Act).

Saya bercakap mengenai isu itu secara kritis kerana saya menganggap mendakwa diri kita sebagai tuan bila kita bukan tuan adalah aneh. Bagaimanakah boleh seorang pemandu Melayu yang memandu kereta kepunyaan orang lain menganggap dirinya “Tuan” dan pemilik kereta itu berkedudukan lebih rendah daripada dirinya? “Tuan” yang sebenarnya adalah pemilik kereta dan orang yang membayar gajinya.

Di dalam ucapan saya, saya menasihatkan orang Melayu supaya menimba ilmu dan kemahiran supaya boleh digunakan untuk mencari kekayaan bagi diri mereka kerana cuma dengan cara demikian sahaja mereka akan dianggap “Tuan” oleh orang suruhan dan pekerja mereka.Adakah ini hasutan ataupun menghasut? Adakah membicarakan mengenai bangsa Melayu dan kepentingan mereka menjadi satu hasutan?

Sebaliknya, cuba kita teliti memorandum Hindraf kepada pihak British. Ramai termasuk kaum India tidak membacanya. Untuk mendapatkan sokongan kaum India Tamil, Hindraf mendesak pihak British supaya membayar gantirugi 1 juta pound sterling (lebih kurang RM 7 juta) kepada setiap orang kaum India Tamil yang terdapat di Malaysia. Ini sudah pasti berupaya mempengaruhi bukan sahaja mereka yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan dari keturunan Tamil India. Sudah pasti golongan pekerja kaum India terpengaruh.Terdapat juga didalam memorandum Hindraf sedutan-sedutan seperti berikut yang jelas bersifat perkauman:



“Kaum India Komanwel yang merupakan rakyat yang mencintai keamanan di Malaysia ditindas oleh Kerajaan yang didokong oleh pengganas bersenjata kelompok ekstremis Islam telah dengan ganasnya melancarkan satu serangan bersenjata sebelum subuh dan memusnahkan Tokong Hindu Mariamman di Kampung Jawa pada pukul 4 pagi ii (15.11.07)”.

“Memohon kepada United Kingdom untuk membentangkan satu resolusi tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk “Penghapusan Etnik” di Malaysia”.Saya tidak mahu menambah lagi lain-lain kenyataan yang begitu mengapi-ngapikan perasaan perkauman yang terdapat didalam memorandum Hindraf tersebut.



Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut mengenai ugutan yang dibuat oleh Hindraf didalam kesimpulannya;“Kami risau kaum India berketurunan Tamil yang cintakan keamanan setelah dipinggirkan dan ditindas, semakin hari semakin teruk, akan pada satu ketika, secara terpaksa mengambil langkah keganasan sebagaimana yang terjadi kepada kaum Tamil di Sri Lanka.”Adakah Hindraf bercadang menjadikan Malaysia sebagai Sri Lanka di Asia Tenggara?Saya tidak percaya majoriti orang Tamil di Malaysia bersetuju dengan gambaran yang dibuat oleh Hindraf. Malangnya, seperti orang Melayu, cuma beberapa orang sahaja yang membaca memorandum yang sebenarnya. Jadi mereka menyokong Hindraf secara membuta-tuli.Tetapi jika anda membaca apa yang telah saya nyatakan tidakkah anda akan membuat satu kesimpulan bahawa Hindraf dan Param Cumaraswamy, yang membantah penahanan mereka dibawah ISA bersifat perkauman, terutama di atas kehendaknya supaya saya ditahan dibawah Akta itu kerana menyatakan kepada orang Melayu supaya menyedari yang mereka bukan “Tuan” apabila mereka terpaksa mencuci kasut orang lain. Jika mereka ingin menjadi “Tuan”, mereka mesti menimba ilmu dan kecekapan untuk berjaya didalam kehidupan. Dan apabila mereka berjaya martabat mereka akan meningkat samada mereka dipanggil “Tuan” ataupun tidak.Nampak jelas menurut Param Cumaswamy , bercakap mengenai orang Melayu adalah satu hasutan yang berbau perkauman.Jadi siapa yang bersifat perkauman; Param Cumaraswamy atau Dr Mahathir?Saya tidak akan meminta supaya dia ditahan.Sebagai seorang peguam yang memahami undang-undang, dia perlu menilai dirinya samada dia seorang yang bersifat perkauman dan perlu ditahan atau tidak.

POLITIK MELAYU DALAM BAHAYA

Terdapat 2 kenyataan yang terfikir oleh saya dalam membincangkan isu ini. Dua kenyataan tersebut adalah ;Kenyataan Pertama

Political power without Economic power is a shadow. The industrial and commercial mechanism is the means by which a country satisfied the necessaries of life according to its standards of living. Those who control a vital factor in it can, if they wish, obstruct or cut off the supply of the necessity and so being decisive pressure to bear upon the political authority. Dato Onn Jaafar CO 537/4785, Memorandum National Services for Malays ( Muka 220 Dato Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah AdamKenyataan Kedua

"Ekonomi dan perniagaan telah muncul sebagai kekuatan yang menentukan politik dan sosial dalam Negara

Buku Wawasan 2020 - Terbitan Institut Kajian Dasar tahun 1993

Kedua - dua kenyataan tersebut di tambah dengan puluhan kenyataan lain yang pernah di buat oleh kepimpinan dan para akademik negara ini telah menegaskan bahawa kekuatan ekonomi wajib ada dan kekuatan ekonomi ini lah yang akan menentukan bukan sahaja pemilikan kuasa politik oleh orang - orang Melayu malah "survival" kaum itu sendiri.

Menyedari keperluan penguasaan Ekonomi sebagai pra - syarat penting dalam menentukan genggaman kuasa politik maka persoalan " Kuasa Politik" - Milik Melayu selamanya harus di ukur dengan mengambilkira kekuatan pegangan ekonomi orang - orang Melayu.

Bagi yang menyanggah perkara ini dengan mengatakan bahawa kuasa politik dengan gubahan dasar akan dapat mencengkam kuasa politik maka kita harus merujuk kepada kenyataan Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1956 yang berbunyi;Perbezaan kaum berlaku tahun 1956 lagi. Orang - orang Melayu sedia memberikan hak - hak yang munasabah dan patut kepada orang - orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak - hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa - bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah di perbuat oleh orang - orang Melayu. Sungguh pun ada jaminan hak - hak keistimewaan Melayu dan Perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali mencegah atau menyekat bangsa lain yang bukan Melayu daripada mencari kekayaan dan kesenangan dan lagi sehingga sekarang hak - hak keistimewaan itu masih belum lagi menghasilkan keadaan setaraf Melayu dengan bangsa - bangsa lainTuanku Abdul Rahman ( Malaya Merdeka 26/04/1956)

Kenyataan Tuanku Abdul Rahman dapat di lihat sebagai penegasan bahawa kekuatan politik atau kuasa politik dalam penentuan dasar - bagi menjamin hak keistimewaan Melayu tidak akan dapat meletakkan Melayu setaraf dengan bangsa - bangsa lain apabila pegangan ekonomi Melayu tertinggal jauh ke belakang.Justeru itu meletakkan kekuatan Melayu pada kuasa politik dan menetapkan kuasa politik tersebut sebagai "ultimate weapon' untuk terus menjadikan Melayu relevan di tanah air sendiri amat meleset. Harus di peringatkan bahawa pembelian wang dengan wang adalah sesuatu di tidak realistik tetapi pembelian kuasa dengan wang adalah sesuatu yang lebih realistik dan mampu berlaku.Beberapa pengertian kepada fakta ini sudah cukup untuk kita melihat betapa pentingnya kuasa ekonomi dalam dunia hari ini dan dalam konteks Malaysia dan Melayu, begitu besar risiko yang di ambil oleh orang - orang Melayu jika kita hanya beranggapan bahawa kuasa politik dapat melalui kuasa ekonomi dan Melayu akan terus relevan andai hanya berpegang dengan kuasa politik.Sungguhpun begitu penyanggahan pengertian terhadap kenyataan di atas baik oleh Dato Onn Jaafar, Tuanku Abdul Rahman dan buku - buku koleksi penulisan oleh Institut Kajian Dasar masih boleh di buat dengan alasan pegangan kuasa politik itu di imbang dengan tanggungjawab dan moral kepimpinan.Kuasa politik dengan pengimbangan nilai moral dan tanggungjawabPakar Pemikir pengurusan di petik mengatakan bahawa "Power must always be balanced by responsibility otherwise it is tyranny".

Ini juga bersesuaian dengan satu kertas kerja yang di bentangkan dan di bukukan dalam Wawasan 2020 - Menangani Wawasan 2020 - 1993 Institut Kajian Dasar yang memetik sebagai berkata;

- meninggalkan nilai - nilai moral dalam kehidupan sosial , politik dan ekonomi - memencilkan nya akan menyebabkan kehidupan bermasyarakat hanya di pandu oleh kepentingan sempit kumpulan ;

dan sekiranya di baca dalam kontes Melayu dalam Bahaya maka ini akan menjerumuskan kita kepada keruntuhan bangsa kita serta mengarahkan bangsa kita kepada keruntuhan - baik pegangan kuasa politik mahupun ekonomi sekiranya kuasa yang ada tidak di laksanakan dengan penuh kesedaran, penuh dedikasi dan untuk melunaskan amanah yang telah di berikan menerusi perlaksanaan demokrasi yang ada di negara kita ini.

Pegangan kuasa politik akan dapat menentukan peningkatan dan kemajuan bangsa baik dalam apa segi sekali pun sekiranya kuasa yang di mandatkan oleh rakyat kepada pemegang amanah tidak di gadai untuk kepentingan individu atau beberapa kumpulan dalam bangsa itu sendiri.

Justeru itu kepimpinan yang di amanahkan oleh rakyat - mengimbangi kuasa yang ada dengan kesedaran serta tanggungjawab akan dapat menaturalisasikan idea yang mengatakan bahawa kuasa politik dapat di lemahkan lantas di gadai dengan kekuatan bangsa lain terhadap pegangan ekonomi.

Tertarik dengan kebangkitan kuasa politik Melayu dalam zaman - zaman awal kemunculan atau pembentukan kuasa politik Melayu di tanah air ini maka satu kenyataan yang seharusnya tidak di pandang lekeh oleh kita hanya kerana ianya di keluarkan oleh bekas kepimpinan UMNO yang juga pengasas UMNO. Kenyataan ini harus di teliti;

Dalam meneliti kepimpinan masyarakat Melayu, Onn ( Dato Onn Jaafar ) dapati raja - raja Melayu gagal menjadi pemimpin Melayu seperti yang sepatutnya. Dalam banyak hal mereka tidak lagi melindungi rakyat tetapi menekan rakyatnya. Raja - raja Melayu sepatut nya melahirkan rasa hormat dan sayang kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

Warta Malaysa 4/2/30

Apa yang jelas kelihatan dalam serangan Datuk Onn terhadap kepimpinan negara (pada ada waktu itu Raja dan Sultan) menunjukkan bahawa tidak terdapat pengimbangan kuasa yang ada dengan nilai - nilai moral dan tanggungjawab yang sepatutnya ambil dalam membentuk dan menentukan arah bangsa semasa kuasa itu di genggam. Menjadi satu pencabulan sekiranya mandat yang di beri di jual dan di perdagangkan lantas ianya hanya menunjukkan bahawa kuasa politik yang ada sudah di jual memenuhi hasrat diri.Ini juga adalah antara punca kegagalan sehingga tidak bangkit lagi Melayu sehingga ke hari ini.

Kuasa kepimpinan - menjual hak

Pokok pembincangan adalah Melayu dalam Bahaya. Persoalan utama apakah yang membahayakan Melayu dan siapakah yang sedang menyerang Melayu ? Ini adalah persoalan utama yang perlu kita kaji setelah kita meneliti secara ringkas ; kekuatan ekonomi yang mampu membeli kuasa politik, kekuatan politik yang sebenarnya mampu menjana perkembangan ekonomi orang - orang Melayu serta keperluan moral dan tanggungjawab dalam memastikan kuasa politik terpelihara di tangan orang - orang Melayu .Dalam satu kertas kerja yang pernah di tulis oleh Datuk Najib Tun Abdul Razak pada tahun 1993 - Wawasan 2020 dan masa depan orang -orang Melayu, Datuk Najib di petik berkata ;- menyarankan bahawa kita harus melupakan sebenar hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu - kerana selama ini kita harus mengakui dengan jujur - masalah yang sering membawa kegagalan kepada peniaga - peniaga Melayu - pengusaha - pengusaha Melayu : di sebab kan khayalan mereka sendiri.

Kenyataan ini di sokong oleh beberapa kepimpinan sekarang ini khususnya Tun Dr Mahathir Mohamed se waktu ghairah memperkatakan mengenai tongkat orang - orang Melayu.

Pembuangan tongkat orang - orang Melayu di katakan perlu supaya Melayu itu tidak di manja sehingga mereka lena untuk bangkit menyedari proses dunia tanpa sempadan yang berkehendakkan orang - orang Melayu bersaing.Tidak dapat di sangkalkan bahawa terdapat kebenaran dalam apa yang mahu di sampaikan oleh Dr Mahathir tetapi apakah dengan pembuangan tongkat tersebut maka Melayu akan terus dapat hidup di bumi Malaysia ini lantas bersaing dengan bangsa - bangsa lain di luar negara ini. Kenapa buang yang ada? Kenapa perlu di gadai segala yang di beri dalam kontrak sosial semata - mata kononnya mahu bangsa Melayu itu maju? Kita jangan lupa sejarah kerana sejarah berulang kembali khusus pada mereka yang lupa. Tahukan kita bahawa apa yang di katakan tongkat kepada Melayu yang di beri oleh kerajaan adalah tongkat yang serupa yang di beri oleh kerajaan pada waktu awal tamaddun Malaysia oleh Inggeris?Tahukan kita bahawa kehadiran bangsa lain yang di beri tongkat serta merta oleh penjajah adalah untuk menaturalisasikan kuasa yang ada kepada kepimpinan Melayu pada waktu itu?Tahukan kita se awal tahun 1931 lagi kaum Cina pernah mendesak bukan sahaja hak malah berani mengatakan bahawa Tanah Melayu dan Negara - Negara Selat adalah milik orang Cina kerana mereka yang telah membangunkan Tanah Melayu

Warta Malaysa 11/3/1931

Tahukan anda pada tahun 1953 - Federal Legislative Councill ( 6th Session) March 1953 Melayu di bawah RIDA di potong peruntukkan sehingga 3 juta bagi memberi laluan kepada pembentukan kampung - kampung baru Cina dengan peruntukan sebanyak 11 juta ringgit. Bayangkan kalau pada tahun 1953 gula hanya pada kadar 5 sen dan kini dengan kadar hampir RM 1.50 berapakah nilai 11 juta pada tahun 1953 dan sekarang pada tahun 2004?Apakah semua subsidi ini dari se awal tahun 1931 ( mengambil anggaran ) ke tahun 1957 ( mengambil anggaran ) ia itu selama 26 tahun subsdi, tongkat dan memapah bangsa lain dalam perekonomian bangsa itu tidak menjana kejayaan bangsa itu sendiri? Cina dan India sekiranya di perhatikan sudah sedia mendapat subsidi dan tongkat oleh pemerintah pada ketika itu - Bayangkan 12,133 orang India menjawat jawatan dalam kerajaan sebagai pegawai rendah jika di bandingkan dengan orang - orang Melayu seramai 1,472 pada tahun 1938 - K.A Neela Kandha Aiyer - Indian problems in Malaya.

Apakah hari ini kita pula sebagai kepimpinan Melayu merasa berdosa untuk mengekalkan hak - hak keistimewaan yang ada, yang semakin terhapus dan di tambah dengan penjualan kuasa oleh kepimpinan Melayu itu sendiri?Mungkin tahun 2004 ini kita boleh bertanyakan dengan Datuk Najib kerana sekarang beliau adalah Timbalan Perdana Menteri soalan sama ada perlu lagi kita melupakan sementara hak - hak keistimewaan Melayu ? Ingat terlepas sekali mungkin memerlukan masa yang panjang untuk kita mendapatkannya semula.Melayu - layu dan malas

Kepimpinan Melayu kita turut mengkritik soal dan sikap orang - orang Melayu. Namun menyalahkan sikap dan adat semata - mata adalah tidak adil. Sebagai kepimpinan mereka harus menentukan perkembangan minda orang - orang Melayu. Pembangunan minda harus di beri tumpuan utama agar Melayu lebih kritis dan kritikal dalam membuat keputusan. Ini adalah antara pembangunan yang tidak di beri perhatian menyeluruh. Kita bukan boleh mendidik masyarakat Melayu dengan terburu - buru. Tamaddun Melayu bukan beribu - ribu tahun. Kita harus mengkaji juga kegusaran pemimpin Melayu mengenai masyarakat Melayu, tetapi kegusaran itu harus menjurus kepada usaha untuk mencorakkan bentuk dan resepsi Melayu terhadap pembangunan fizikal dan material. Gambaran Datuk Onn 3/8/50 mengenai orang - orang Melayu dapat di lihat dalam tulisan beliau di Warta Negara 1950;

Saya nampak gambaran yang berlainan coraknya daripada gambaran yang sedia ada di hadapan mata kebanyakan orang - orang Melayu. Gambar yang ada di hadapan saya ialah apa yang akan di sertakan oleh orang - orang Melayu sendiri , ia itu gambar menunjukkan pendirian orang - orang Melayu dan gambar perbuatan orang - orang Melayu. Satu gambar lagi ialah gambar gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang - orang Melayu. Perbezaan itu amat mustahak ia itu perbezaan yang boleh menentukan nasib orang - orang Melayu. Apakah gambar yang sedang kita lihat sekarang menunjukkan pendirian orang - orang Melayu atau ianya membayangkan ketiadaan pendirian orang - orang Melayu? Apakah dengan mengecilkan hak - hak keistimewaan orang - orang Melayu, hak yang sudah di kontrakkan ke atas kita dalam penyerahan hak - hak lain kepada bangsa - bangsa lain di tanah ini menunjukkan pendirian kukuh kita. Sekali lagi kita ulangi MELAYU DALAM BAHAYA ? Siapa mengancam kita ?Perlu di ingatkan bahawa kelahiran anak kecil berbangsa Cina dan kelahiran anak kecil berbangsa Melayu bukan di penuhkan dengan sikap sebagai satu pakej menentukan perbezaan bangsa. Anak kecil Melayu bukan di lahirkan dengan pakej sifat - sifat pemalas, mahu kaya cepat dan haprak dan anak kecil Cina bukan di lahirkan dengan sifat kerajinan, pandai berniaga dan berani. Dalam konteks mudah, anak - anak kecil itu di lahirkan dan akan subur dengan sikap yang di warisi daripada kepimpinan ibu bapa mereka. Dalam konteks yang lebih besar kaum Melayu itu akan subur dengan sifat yang di warisi oleh kepimpinan Melayu pada ketika itu. Apakah kita mewarisi sifat yang sepatutnya atau kita terikut dengan sifat yang di punyai oleh kepimpinan kita.Bahaya di hadapi Melayu

Serangan utama kepada Melayu bagi saya adalah;Bila yang mengamalkan tabiat rasuah, menyusulkan kepada anak bangsanya menolak rasuah - ini merupakan satu pembohongan.Persoalan utama Melayu, apakah seluruh, secara kolektif mereka yang berbangsa Melayu itu adalah punca kemunduran Melayu? Lahir sahaja sebagai Melayu maka pakej yang di sertakan oleh Allah SWT ialah pemalas, mahu kaya cepat dan haprak. Kalau itu jawapan yang boleh di berikan oleh cerdik pandai kepimpinan kita maka kita usulkan mulai tahun ini kita haramkan Melayu berkahwin dengan Melayu kerana ini akan menyebabkan Malaysia penuh dengan bangsa haprak yang akan merugikan Malaysia. Kalau di katakan pergeseran antara Melayu kaya dengan Melayu miskin adalah punca kemunduran Melayu, maka persoalkan pembahagian kekayaan yang adil sebagai asas menangani pergeseran ini.

Namun kalau di katakan kepimpinan Melayu menjual hak sebagai punca kemunduran Melayu maka Melayu harus di sedarkan mengenai kepimpinan yang di pilih. Sekali lagi dalam keadaan yang terbatas dan masa yang agak suntuk bagi saya - saya katakan seperti yang di petik dalam tulisan saya kali ini :Kuasa se harus di sertakan dengan tanggungjawab, sekiranya tidak maka itu satu kezaliman. Kita perlu juga menyimpulkan bahawa kuasa politik yang tidak di gadai mampu membantu generasi hari ini untuk berdiri sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa - bangsa lain.Kita perlu ada gambaran yang terperinci mengenai hak keistimewaan orang Melayu dan bukan membuat andaian yang belum tentu keberkesanannya. Jangan di tarik hak ini kononnya ia akan dapat membantu kaum Melayu kerana ini hanya satu teori yang belum menjanjikan kejayaan. Jangan yang ada di lupus ibarat mencurah air tempayan bila guruh berdentum - kerana hujan belum tentu turun.

Jangan kita ibaratkan bangsa kita sebagai bangsa "RED INDIAN", kerana teori RED INDIAN tidak boleh di guna pakai kerana "RED INDIAN" bukan pemerintah Amerika sedangkan Melayu adalah pemegang kuasa. Persamaan dangkal ini - Melayu dan "Red Indian" dalam konteks tanah rizab Melayu harus di tolak. Melayu harus di sedarkan dan masyarakat Melayu harus melalui proses pembangunan minda yang menyeluruh sebelum tamadun Melayu dapat berkembang dan seterusnya dapat menggenggam kuasa politik yang ada tanpa tiris. Proses ini harus di jalankan secara jujur tanpa kepentingan individu.

SOLAT JAMAK & QASAR

Tatacara pelaksanaannya; kaedah, hukum, & rukun.(fekah)

JAMAK---> jika jarak musafir tmpt yg dituju itu lbh dari 'dua marhala' maka Allah beri kemudahan utk kita menjamak dan mengqasarkan solat fardhu.( terdapat 3 pendapat mengenai takrif "dua marhala" iaitu sesetangah ulama berpendapat jarak 48 batu(77.3km), sesetangah pula berpendapat 56 batu(90.1km) dan sesetengah lagi berpendapat 60 batu (96.6km). Oleh itu kita dibolehkan memegang mana-mana pendapat antara tiga pendapat tersebut.--->
sembahyang jamak ialah mengumpulkan dua sembahyang fardhu dalam satu waktu. Samada jamak taqdim atau ta'khir---> seseorang yang ingin sembahyang jamak (taqdim atau ta'khir) hendaklah keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu zohor (jika berhajat untuk menjamak zohor dan asar) atau keluar sebelum masuk waktu maghrib (jika berhajat untuk menjamak sembahyang maghrib dan isyak) dari qari'ahnya.--->
jamak taqdim iaitu mengumpul atau menghimpunkan sembahyang yang kedua di dalam waktu pertama. Contohnya : sembahyang fardhu asar dihimpunkan dalam waktu zohor dan sembahyang isyak dihimpunkan dalam waktu maghrib.--->
jamak ta'khir iaitu mengumpulkan sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Contohnya: sembahyang zohor dilaksanakan didalam waktu asar dan maghrib didalam waktu isyak.---> dengan syarat masih dalam keadaan musafir kedua-dua sembahyang.---> tidak boleh jamak (taqdim atau ta'khir) sembahyang fardhu asar dengan maghrib atau sebaliknya: fardhu isyak dengan subuh atau sebaliknya atau subuh dengan zohor atau sebaliknya. Hanya dibolehkan bagi zohor dan asar dan solat maghrib dan isyak sahaja!QASAR---> qasar iaitu memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat. (zohor, asar dan isyak sahaja dengan syarat dalam keadaan musafir)Syarat-syarat sembahyang qasar:1. perjalanan/musafir bukan kerana membuat maksiat2. perjalanan/musafir yang lebih dari dua marhala3. niat sembahyang qasar semasa takbiratul ihram4. TIDAK BOLEH MENGIKUT ORANG ATAU JEMAAH YANG SEMBAHYANG SECARA TAMAM (sembahyang yang sempurna 4 rakaat)*
Penjelasannya ---> kalau mengikut imam yang sembahyang tamam, wajib ditamamkan sembahyang kita, manakala orang yang sembahyang tamam boleh berimam mengikut orang yang sembahyang qasar.5. musafir yang sudah ditentukan tempat yang dituju. (maksudnya bukan musafir yang tidak ada tujuan)6. masih dalam keadaan musafir sehingga selesai sembahyang7. tahu hukum serta syarat-syarat yang mengharuskan orang bermusafir mengqasarkan sembahyangnya---> boleh sembahyang jamak dan qasar di satu tempat (dalam musafir) selama 4 hari, tidak termasuk hari sampai dan hari keluar daripada tempat itu.

ERTI SEBUAH PERHUBUNGAN ....



I received this email from friends and would like to share with all of you. TRUST is a very important factor for all relationships. When trust is broken, it is the end of the relationship. Lack of trust leads to suspicion, suspicion generates anger, anger causes enmity and enmity may result in separation. A telephone operator told me that one day she received a phone call. She answered, "Public Utilities Board." There was silence. She repeated, "PUB." There was still no answer. When she was going to cut off the line, she Heard a lady's voice, "Oh, so this is PUB. Sorry, I got the number from my Husband's pocket but I do not know whose number it is." Without mutual trust, just imagine what will happen to the couple if the telephone operator answered with just "hello" instead of "PUB". NO POINTING FINGERS A man asked his father-in-law, "Many people praised you for a successful marriage. Could you please share with me your secret?" The father-in-law answered in a smile, "Never criticize your wife for her shortcomings or when she does something wrong. Always bear in mind that because of her shortcomings and weaknesses, she could not find a better husband than you." We all look forward to being loved and respected. Many people are afraid of losing face. Generally, when a person makes a mistake, he would look around to find a scapegoat to point the finger at. This is the start of a war. We should always remember that when we point one finger at a person, the other four fingers are pointing at ourselves. If we forgive the others, others will ignore our mistake too. CREATING PERFECT RELATIONSHIPS? A person visited the government matchmaker for marriage, SDU, and requested "I am looking for a spouse. Please help me to find a suitable one." The SDU officer said, "Your requirements, please." "Oh, good looking, polite, humorous , sporty, knowledgeable, good in singing and dancing. Willing to accompany me the whole day at home during my leisure hour, if I don't go out. Telling me interesting stories when I need companion for conversation and be silent when I want to rest." The officer listened carefully and replied, "I understand you need television." There is a saying that a perfect match can only be found between a blind wife and a deaf husband, because the blind wife cannot see the faults of the husband and the deaf husband cannot hear the nagging of the wife. Many couples are blind and deaf at the courting stage and dream of perpetual perfect relationship. Unfortunately, when the excitement of love wears off, they wake up and discover that marriage is not a bed of roses. The nightmare begins. NO OVERPOWERING Many relationships fail because one party tries to overpower another, or demands too much. People in love tend to think that love will conquer all and their spouses will change the bad habits after marriage. Actually, this is not the case. There is a Chinese saying which carries the meaning that "It is easier to reshape a mountain or a river than a person's character." It is not easy to change. Thus, having high expectation on changing the spouse character will cause disappointment and unpleasantness. It would be less painful to change ourselves and lower our expectations.. RIGHT SPEECH There is a Chinese saying which carries the meaning that "A speech will either prosper or ruin a nation." Many relationships break off because of wrong speech. When a couple is too close with each other, we always forget mutual respect and courtesy. We may say anything without considering if it would hurt the other party. A friend and her millionaire husband visited their construction site. A worker who wore a helmet saw her and shouted, "Hi, Emily! Remember me? We used to date in the secondary school." On the way home, her millionaire husband teased her, "Luckily you married me. Otherwise you will be the wife of a construction worker." She answered,"You should appreciate that you married me. Other wise, he will be the millionaire and not you." Frequently exchanging these remarks plants the seed for a bad relationship. It's like a broken egg - cannot be reversed. PERSONAL PERCEPTION Different people have different perception. One man's meat could be another man's poison. A couple bought a donkey from the market. On the way home, a boy commented, "Very stupid. Why neither of them ride on the donkey? "Upon hearing that, the husband let the wife ride on the donkey. He walked besides them. Later, an old man saw it and commented, "The husband is the head of family. How can the wife ride on the donkey while the husband is on foot?" Hearing this, the wife quickly got down and let the husband ride on the donkey. Further on the way home, they met an old Lady. She commented, "How can the man ride on the donkey but let the wife walk. He is no gentleman." The husband thus quickly asked the wife to join him on the donkey. Then, they met a young man. He commented, "Poor donkey, how can you hold up the weight of two persons. They are cruel to you." Hearing that, the husband and wife immediately climbed down from the donkey and carried it on their shoulders. It seems to be the only choice left. Later, on a nar row bridge, the donkey was frightened and struggled. They lost their balance and fell into the river. You can never have everyone praise you, nor will everyone condemn you. Never in the past, not at present, and never will be in the future. Thus, do not be too bothered by others words if our conscience is clear.. BE PATIENT This is a true story which happened in the States. A man came out of his home to admire his new truck. To his puzzlement, his three-year-old son was happily hammering dents into the shiny paint of the truck. The man ran to his son, knocked him away, hammered the little boy's hands into pulp as punishment. When the father calmed down, he rushed his son to the hospital. Although the doctor tried desperately to save the crushed bones, he finally had to amputate the fingers from both the boy's hands. When the boy woke up from the surgery & saw his bandaged stubs, he innocently said, "Daddy, I'm sorry about your truck." Then he asked, "but when are my fingers going to grow back?" The father went home & committed suicide. Think about this story the next time someone steps on your feet or u wish to take revenge. Think first before u lose your patience with someone u love. Trucks can be repaired.. Broken bones & hurt feelings often can't. Too often we fail to recognize the difference between the person and the performance. We forget that forgiveness is greater than revenge. People make mistakes. We are allowed to make mistakes. But the actions we take while in a rage will haunt us forever. "Good Life starts only when you stop wanting a better One"

CATATAN BUAT PUTERIKU ....SITI NUR IZZATI FATIHAH


Fatihah .....inilah nama yang selalu aku dan isteri gunakan untuk berkomunikasi dengan anak ke-2 daripada 5 beradik ini. Kadang-kadang kami menggelarkannya sebagai 'kakak' sbb beliau adalah kakak sulung kepada adik-adiknya yang lain.


Fatihah .... memiliki perwatakan yang agak aktif dan gemar menonton tv yang menyebabkan kadangkala aku dan isteri rimas untuk menangani kerenahnya itu. Walaupun begitu aku respect giler dengan puteri sulung aku ini .....dalam keadaan dia kuat menonton tv pun tapi dalam aspek pelajaran di sekolah , Fatihah boleh dikatakan antara murid yang cemerlang. Sejak dari darjah satu (Tahun 1-2 di SK Taman Panglima , Taiping , Perak) sehinggalah kini berada di darjah 3 di SK Sultan Yahya Petra 2 , hanya sekali beliau menduduki tempat ke-8 dalam peperiksaan . Dalam exam penggal yang lain , beliau tak pernah melintasi kedudukan no.3 di dalam kelas. Dan satu perkara yang aku nampak kecenderungan pada anak aku ini .....dia cukup rajin untuk ke sekolah atau untuk menyertai apa-apa aktiviti ko-k yang dianjurkan oleh pihak sekolah.