Thursday, April 2, 2009

CATATAN BUAT PUTERIKU ....SITI NUR IZZATI FATIHAH


Fatihah .....inilah nama yang selalu aku dan isteri gunakan untuk berkomunikasi dengan anak ke-2 daripada 5 beradik ini. Kadang-kadang kami menggelarkannya sebagai 'kakak' sbb beliau adalah kakak sulung kepada adik-adiknya yang lain.


Fatihah .... memiliki perwatakan yang agak aktif dan gemar menonton tv yang menyebabkan kadangkala aku dan isteri rimas untuk menangani kerenahnya itu. Walaupun begitu aku respect giler dengan puteri sulung aku ini .....dalam keadaan dia kuat menonton tv pun tapi dalam aspek pelajaran di sekolah , Fatihah boleh dikatakan antara murid yang cemerlang. Sejak dari darjah satu (Tahun 1-2 di SK Taman Panglima , Taiping , Perak) sehinggalah kini berada di darjah 3 di SK Sultan Yahya Petra 2 , hanya sekali beliau menduduki tempat ke-8 dalam peperiksaan . Dalam exam penggal yang lain , beliau tak pernah melintasi kedudukan no.3 di dalam kelas. Dan satu perkara yang aku nampak kecenderungan pada anak aku ini .....dia cukup rajin untuk ke sekolah atau untuk menyertai apa-apa aktiviti ko-k yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

No comments:

Post a Comment