Thursday, April 2, 2009

EPILOG SEORANG SUAMI ....

Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," > > > Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. > Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. > > > Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga > dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, > > > mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. > Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. > > > Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju > ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. > > > Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, > mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa > puterinya > > > kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian > beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang > berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. > > > Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, > membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
> hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang > bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, > gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di > jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. > > > "Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan > 2 > keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah > apabila dia berdepan dengan Aliyah. "Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis > sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis > perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang > bicara lunak Qis. > > > Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, > selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak > seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. > > > Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar > menjerat hatinya. > > > "Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa
> dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia > tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, > baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih > muda. > > > "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, > boleh?" > pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah > hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. > > > Sebab, > dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. > > > Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah > isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. > > > Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang > ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang
> disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah > cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah > sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya > senyuman daripada Aliyah. > > > "Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis > yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk
> Qis. > > > "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap > haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. > > > "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup > dengannya. Abg faham," > > > Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa > dengannya? > Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli > isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli > aku. Desis hati kecil Qistina. > > > Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
> merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. > > > Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana > Qistina pergi. > Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga > oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid > Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia > tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. > > > Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama > dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. > Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara > bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina > melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya > benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. > Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang > dulu. Asraf Mukmin anak Imam > > > Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air > matanya. > > > Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. > Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya > layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon > > > madu Aliyah. > > > Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta > maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak > sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama > Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar. > > > > > > ********************************************************************** > ** > > > > > > Kepada: > > > Asraf Mukmin, > > > Suami yang tersayang... > > > > > > Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir > saiz dengan A4 itu dibuka perlahan. > > > Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, > > > Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa > mengiringi jejak langkahmu. > > > Abg yang dikasihi, > > > Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
> kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu > cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah. > > > 1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah > yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut > peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg > diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri > pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi > Abg nak menggalas dosa org lain. > > > Aliyah sayangkan Abg... > > > 2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah > lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg > hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau
> selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita > sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan > semua makanan western food tu. > > > Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian > nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg... > > > 3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. > Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada > zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk > mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang > beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... > Aliyah sayangkan Abg... > > > Abg yang disayangi, > > > Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
> tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg > mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg > mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya. > > > Abg yang dicintai, > > > Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah
> tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika > munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah > borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, > Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg... > > > Tetapi jika > Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri > Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan > Abg. > > > Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk > Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan > kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah. > > > > > > Salam sayang, > > > Aliyah Najihah binti Mohd Hazery > > > > > > Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah > Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! > > > Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

No comments:

Post a Comment