Wednesday, April 1, 2009

HARGALAH SESUATU ITU SEADANYA

Kadang kala apa yang kita inginkan tidak semestinya akan menjadi kenyataan. Begitulah juga soal hati dan perasaan, bukan semua yang kita impikan dan harapkan akan menjadi kenyataan. Namun batas ego itu lebih tinggi dari keinginan diri. Apa yang kita mahu dalam sesuatu itu? adakah sekadar sandaran ataupun menjadikan ia lebih bermakna dalam hidup ini. Bukan senang untuk kita memahami sesuatu tapi senangkah kita untuk memahamkan segala apa yang telah berlaku? Tidak semudah yang kita sangka.

Aku masih ingat lagi kata-kata Dr.M 'melayu mudah lupa' bila susah selalunya kita ingat pada DIA, dan orang-orang disisi kita yang selalu mendampingi membawa kita menuju ke arah lebih berjaya dan ada sesetengahnya yang sanggup berkorban demi melihat sesorang tu berjaya. Tapi bila kita berada di sesuatu tahap itu pernahkah kita lihat kembali ke bawah untuk melihat kembali cerita lama bagaimana kehidupan ini bermula? Kehidupan ini ibarat roda, sekejap di atas sekejap dibawa.

Manusia bila terima benda baru akan lupa akan asal usul dirinya, mengapa harus begini? bila jumpa yang baru tak ingat pada yang lama. Tapi selalunya benda baru lebih disayangi dari benda lama. Adakalanya sesuatu yang baru kita temui itu tidak sama dengan benda yang lebih lama kita miliki. Selalu berlaku konflikasi antara satu sama lain dan berlaku perbezaan pendapat.

Hakikatnya manusia sering begitu, hanya doa dan petunjuk dari-NYA menjadi petujuk agar kita tidak leka kepada duniawi. Sentiasa ingat mengingati, bukan membinasakan diri dengan keegoan diri. Hargailah Sesuatu itu seadanya.

No comments:

Post a Comment