Thursday, April 2, 2009

NIZAR YANG KUKAGUMI ....


Secara peribadi aku amat mengkagumi ciri-ciri kepimpinan yang ada pada YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin , Menteri Besar Perak. Amat sukar untuk aku membuat keputusan untuk meminati mana-mana tokoh sebelum ini , namun melihat dan menyoroti ketokohan yang ada pada Datuk Seri Nizar ....entah kenapa tiba-tiba aku jadi terpikat ....mungkin disebabkan kepetahan pidatonya yang amat menarik minat aku. Mungkin juga kerana aku amat meminati tokoh-tokoh yang amat hebat pidatonya (berdasarkan piawaian aku) seperti Saifudin Nasution,Annuar Musa,Ustaz Nasaruddin Haji Daud menyebabkan aku mudah tergoda dengan kehebatan dan kewibawaan yang ada pada beliau. Pada aku Datuk Seri Nizar adalah contoh pemimpin yang mempunyai pakej yang sempurna untuk ditonjolkan sebagai seorang pemimpin yang hebat. Syabas dan Tahniah kepada seluruh rakyat negeri Perak .....anda semua bertuah mempunyai MB seperti Nizar .

No comments:

Post a Comment