Thursday, April 2, 2009

PENAWAR KEPENATAN ....

Penawar Kepenatan, amalkan... > > Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian> sama ada di> rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang> diajar> oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya> Saidatina Fatimah> sebagai penawarnya.> > Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya> Saidina Ali bin> Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan> menggiling> gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :> > "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.> Berjumpalah dia> dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."> > Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan> hasrat untuk> mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di> rumah.> Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi> permintaan anak> kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui> puterinya serta> menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:> > "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih> baik daripada apa> yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring> untuk tidur,> bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid> (Alhamdulillah) 33 kali> dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik> untuk kamu> berdua daripada seorang khadam."> > Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak> dan> menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup> mereka berdua.> > Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah> Rasulullah.s. a.w.> ini.> > Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya> semenjak ia> diajarkan kepadaku."> > Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau> sesiapa sahaja> yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian> supaya> mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali),> 'Alhamdulillah' (33 kali)> dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu> sebelum melelapkan> mata.> > Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) ,> Insya-> Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan> bebanan-bebanan hidup seharian> kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari> dengan> senyuman.> > "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"> (Sabda Rasulullah SAW)> > "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan> mengampuni bagimu> dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,> maka> sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang> besar."

No comments:

Post a Comment