Thursday, April 2, 2009

SOLAT JAMAK & QASAR

Tatacara pelaksanaannya; kaedah, hukum, & rukun.(fekah)

JAMAK---> jika jarak musafir tmpt yg dituju itu lbh dari 'dua marhala' maka Allah beri kemudahan utk kita menjamak dan mengqasarkan solat fardhu.( terdapat 3 pendapat mengenai takrif "dua marhala" iaitu sesetangah ulama berpendapat jarak 48 batu(77.3km), sesetangah pula berpendapat 56 batu(90.1km) dan sesetengah lagi berpendapat 60 batu (96.6km). Oleh itu kita dibolehkan memegang mana-mana pendapat antara tiga pendapat tersebut.--->
sembahyang jamak ialah mengumpulkan dua sembahyang fardhu dalam satu waktu. Samada jamak taqdim atau ta'khir---> seseorang yang ingin sembahyang jamak (taqdim atau ta'khir) hendaklah keluar dari rumahnya sebelum masuk waktu zohor (jika berhajat untuk menjamak zohor dan asar) atau keluar sebelum masuk waktu maghrib (jika berhajat untuk menjamak sembahyang maghrib dan isyak) dari qari'ahnya.--->
jamak taqdim iaitu mengumpul atau menghimpunkan sembahyang yang kedua di dalam waktu pertama. Contohnya : sembahyang fardhu asar dihimpunkan dalam waktu zohor dan sembahyang isyak dihimpunkan dalam waktu maghrib.--->
jamak ta'khir iaitu mengumpulkan sembahyang yang pertama di dalam waktu yang kedua. Contohnya: sembahyang zohor dilaksanakan didalam waktu asar dan maghrib didalam waktu isyak.---> dengan syarat masih dalam keadaan musafir kedua-dua sembahyang.---> tidak boleh jamak (taqdim atau ta'khir) sembahyang fardhu asar dengan maghrib atau sebaliknya: fardhu isyak dengan subuh atau sebaliknya atau subuh dengan zohor atau sebaliknya. Hanya dibolehkan bagi zohor dan asar dan solat maghrib dan isyak sahaja!QASAR---> qasar iaitu memendekkan sembahyang empat rakaat menjadi dua rakaat. (zohor, asar dan isyak sahaja dengan syarat dalam keadaan musafir)Syarat-syarat sembahyang qasar:1. perjalanan/musafir bukan kerana membuat maksiat2. perjalanan/musafir yang lebih dari dua marhala3. niat sembahyang qasar semasa takbiratul ihram4. TIDAK BOLEH MENGIKUT ORANG ATAU JEMAAH YANG SEMBAHYANG SECARA TAMAM (sembahyang yang sempurna 4 rakaat)*
Penjelasannya ---> kalau mengikut imam yang sembahyang tamam, wajib ditamamkan sembahyang kita, manakala orang yang sembahyang tamam boleh berimam mengikut orang yang sembahyang qasar.5. musafir yang sudah ditentukan tempat yang dituju. (maksudnya bukan musafir yang tidak ada tujuan)6. masih dalam keadaan musafir sehingga selesai sembahyang7. tahu hukum serta syarat-syarat yang mengharuskan orang bermusafir mengqasarkan sembahyangnya---> boleh sembahyang jamak dan qasar di satu tempat (dalam musafir) selama 4 hari, tidak termasuk hari sampai dan hari keluar daripada tempat itu.

No comments:

Post a Comment